Sistem Ekzos Akrapovič untuk 2017 Kawasaki Z900

Terdapat ura-ura dari Sinar Turbo bahawa jentera Kawasaki Z900 ini akan dibawa masuk ke Malaysia sebagai pesaing dalam kategori 900cc seperti jentera dari Yamaha MT-09. Kawasaki Z900 akan menggantikan model Z800 sedia ada dan diharapkan harga Z900 ini adalah dalam lingkungan harga terjangkau seperti awalnya kemunculan Z800 iaitu pada harga bawah RM50k (RM47,989 asas).  

Jika jentera ini akan sampai dalam masa terdekat ini, maka anda tidak perlu risau mengenai runut bunyinya kerana Akrapovič telah menyediakan sistem ekzos Slip-on Line (Carbon/Titanium) untuk bunyi yang lebih garang. Sistem ekzos Slip-on (Titanium) pula akan menghasilkan bunyi yang lebih kuat dan mendalam serta mempunyai kelebihan dari segi pengurangan berat.

 


7 thoughts on “Sistem Ekzos Akrapovič untuk 2017 Kawasaki Z900”

Leave a Reply