Ura-ura: 2017 Suzuki GSX-R250 – rekaan terlihat di Australia

2017-Suzuki-gsxr250_03

Satu set gambar telah terlihat di Australia yang menunjukkan rekaan asas profil motosikal yang dikatakan Suzuki GSX-R250 yang berkemungkinan untuk pasaran 2017. Rekaan asas ini terlihat dalam satu fail paten di Australia. 

2017-Suzuki-gsxr250_01Pengaruh rekaan Suzuki GSX-R250 sangat berkait dengan jentera GSX-R yang lagi besar iaitu GSX-R600 dan GSX-R1000. Pada pandangan tepi, profil ekzos dan profil lampu depan menampakkan pengaruh tersebut.

GW250XL4_AGQ_Diagonal

Australia sebelum ini telah mendapat jentera 250cc dari Suzuki iaitu Suzuki Inazuma 250 dalam segmen motosikal jalanan (naked street bike).  Jadi, tidak mustahil untuk Australia menerima juga model Suzuki GSX-R250.

2017-Suzuki-gsxr250_04

Jentera Inazuma 250 (atau GW250) dibuat di kilang Suzuki di China dan jika model ini dihasilkan, ia juga akan dibuat di kilang di China dengan sedikit ubahsuai pada proses pengeluaran. Enjin Inazuma 250 berkonfigurasi 2-silinder sebaris 4-lejang 4-injap yang mampu memberikan 26hp @ 8,500RPM dan daya kilas 24Nm @ 6,500RPM. Enjin ini masih boleh diubahsuai untuk disesuaikan dengan Suzuki GSX-R250 ini.

2017-Suzuki-gsxr250_02

Secara keseluruhannya, rekaan 2017 Suzuki GSX-R250 tampak sangat menarik sebagai satu model untuk mencabar Yamaha R25, Honda CBR250RR dan KTM RC250.

2017-Suzuki-GSX-R250-002

2017-Suzuki-GSX-R250-01

Terdapat juga gambar yang dikatakan 2017 Suzuki GSX-R250 yang terlihat di kilang pengeluarannya.

Sumber: http://motoblast.org/2016/08/04/hebohini-desain-patent-suzuki-gsxr250-atau-gsxr150-nih/

Leave a Reply