Pelumba negara, Hafizh Syahrin, bakal membuka tirai 2022 dengan beraksi di pentas Kejuaraan Dunia Superbike (WorldSBK) selepas meninggalkan Kejuaraan Dunia Moto2 tahun lalu. Hafizh telah pun menjalani ujian dua hari di Litar Catalunya di Barcelona bersama jentera Honda CBR1000RR-R Fireblade SP yang akan digunakan dalam musim ini. Ini merupakan ujian sulung bagi Hafizh selepas disahkan…
Tag: WSBK
MOTUL FIM Superbike World Championship menyaksikan perlumbaan penuh drama di TT Circuit Assen apabila ia berakhir dengan Jonathan Rea mencapai kemenangan ketiga dalam pusingan Prosecco DOC Dutch, menjadikannya hatrik keempat sepanjang kerjayanya, walaupun beliau berada di tempat kelapan selepas bermula dari posisi pertama. Di belakangnya, Scott Redding mengambil tempat kedua, diikuti oleh Andrea Locatelli di…
Toprak Razgatlıoğlu akan terus kekal bersama Yamaha di Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) setelah menandatangani kontrak lanjutan dua tahun. Razgatlıoğlu dianugerahkan kontrak lanjutan setelah menampilkan prestasi cemerlang sejak menyertai pasukan itu pada 2020. Pelumba kelahiran Turkey itu merekodkan kemenangan sulung dalam penampilan pertamanya dengan jentera R1 di Philip Island sebelum melakar dua lagi kemenangan untuk menduduki…
Jonathan Rea mengakui peluang untuk beraksi di MotoGP sudah pun ditutup meskipun mendominasi Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) dengan enam kejuaraan berturut-turut. Keputusan berhijrah ke Kawasaki Racing Team (KRT) selepas beberapa musim bersama Honda ternyata membuahkan hasil apabila gandingan Rea bersama jentera ZX-10RR menghadirkan kejayaan berganda. Dia kini memegang status selaku enam kali juara WorldSBK selepas…
Beberapa jam sebelum aksi pembukaan tirai Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) berlangsung di Aragon, Kawasaki Racing Team (KRT) kini berdepan isu ‘rev limit’. Hal ini kerana FIM telah membuat pusingan U untuk tidak memperuntukkan ‘rev limit’ 15,100rpm diberikan kepada KRT sekaligus memaksa pasukan itu mematuhi ‘rev limit’ yang ditetapkan pada 14,600rpm seperti yang diumumkan sebelum ini….
Jonathan Rea muncul pelumba terpantas dalam sesi ujian bebas yang dijalankan di Aragon bersama beberapa jentera MotoGP lain. Pertahan juara Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) itu muncul pelumba terpantas selepas 65 lap dalam sesi ujian pertama di Motorland, mengatasi pelumba uji Yamaha dan KTM, Cal Crutchlow dan Dani Pedrosa. Rea yang menunggang Kawasaki ZX-10RR mencatat masa…
Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2020 menyaksikan Jonathan Rea merangkul kejuaraan buat kali keenam berturut-turut. Meskipun tidak memenangi aksi di Litar Estoril dengan Toprak Razgatlioglu (PATA Yamaha WorldSBK) muncul pemenang di hadapan Chad Davies (Ducati) dan Garrett Gerloff (Yamaha), tempat keempat sudah cukup buat Rea untuk menyapu musim 2020. Sementara itu, pencabar terdekat, Scott Redding (Ducati)…
Ketua divisyen motosikal BMW menyifatkan tidak berbaloi untuk memulakan projek MotoGP selain daripada pasukan Superbike Dunia (WSBK) sedia ada. BMW kembali ke WSBK secara sepenuhnya sejak 2013 tahun ini setelah bergandingan dengan Shaun Muir Racing, menggunakan jentera S 1000 RR dan mempertaruhkan Tom Sykes dan Markus Reiterberger. BMW turut berjaya merekodkan kedudukan keempat carta pengeluar…
Lima kali juara dunia MotoGP dan kini sedang beraksi di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), Marco Melandri, mengumumkan persaraan daripada arena perlumbaan dua roda. Pelumba berusia 36 tahun itu mengumumkan bahawa dia bakal melabuhkan tirai kariernya sebaik musim WSBK berakhir hujung tahun ini dalam satu sidang media yang diadakan di Milan, Itali, semalam. Melandri bergelut sejak…