Logo Baharu Volkswagen Diperkenalkan Di Malaysia

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan penggunaan logo baharu Volkswagen di setiap pengedar dan fasiliti seluruh negara. Pengeluar kereta Jerman itu telah pun memulakan penggunaan logo baharu tersebut sejak tahun lalu dengan lebih 70,000 logo di 10,000 pengedar dalam 171 pasaran dunia telah pun dilaksanakan. Visual baharu ini menampakkan perbezaan paling ketara berbanding logo sebelumnya…