Sebuah syarikat rekabentuk Perancis bernama Furion Motorcycles telah merekabentuk sebuah motosikal konsep hibrid. Motosikal hibrid ini dijana oleh enjin rotari 645cc beserta dengan motor elektrik 40kW. Kedua-dua enjin ini didakwa dapat menghasilkan sehingga 180hp dan 205Nm tork.