Moto2: MV Agusta Batalkan Kontrak Moto2 2019 Romano Fenati

Giovanni Castiglioni telah mengumumkan yang mereka akan membatalkan kontrak Romano Fenati bersama MV Agusta bagi Kejohanan Moto2 2019. Fenati telah menimbulkan kontroversi setelah menggenggam tuil brek hadapan Stefano Manzi sewaktu GP San Marino. Fenati telah dikenakan penggantungan sebanyak dua perlumbaan tetapi ramai yang merasakan yang dia patut diharamkan dari perlumbaan motosikal sama sekali.

Moto2 GP San Marino 2018: Romano Fenati Membahayakan Nyawa Stefano Manzi

Aksi membahayakan nyawa yang telah dilakukan Romano Fenati ke atas Stefano Manzi sewaktu perlumbaan Moto2 GP San Marino telah berjaya dirakamkan. Penunggang panas baran dari Itali itu telah bergeser dengan Stefano Manzi sewaktu perlumbaan Moto2 tersebut. Fenati telah dibatalkan kelayakan perlumbaan tersebut dan telah menerima penggantungan dua perlumbaan.

Romano Fenati Dipilih Untuk Mengemudi Jentera Perlumbaan Moto2 MV Agusta

Pasukan MV Agusta Reparto Corse yang bertanding dalam siri Moto2 telah mengesahkan Romano Fenati sebagai salah seorang penunggang mereka bagi musim 2019. Fenati telah beraksi cemerlang dalam Moto3 pada tahun 2017 namun kini bergelut dengan kesukaran dalam Moto2. Menuruti peraturan Moto2 bagi tahun 2019, MV Agusta akan membina jentera mereka berdasarkan enjin Triumph yang baharu.

Moto3: Joan Mir Ditabalkan Juara Dunia Moto3 2017!

  Setelah selesai pusingan MotoGP Australia semalam, Joan Mir dari pasukan Leopard Racing telah ditabalkan sebagai Juara Dunia Moto3 2017 selepas memenangi perlumbaan ke-sembilannya untuk musim ini. Penunggang berusia 20 tahun dari Sepanyol itu telah membuat kemunculan sulungnya hanya dua tahun yang lalu di litar yang sama di mana dia memenangi Kejohanan Dunia Moto3 2017….