Cawangan 3S Kia Dibuka Di Kota Bharu!

Pemilik kenderaan Kia di sekitar Pantai Timur tidak perlu lagi pening kepala sekiranya kereta mereka mengalami masalah kerana Naza Kia Malaysia telah membuka cawangan 3S di Kota Bharu, Kelantan. Dengan keluasan 3,500 kaki persegi, pusat 3S baharu ini mampu menempatkan lima kenderaan di tapak pameran termasuk dua pusat servis yang mampu menerima 100 kenderaan dalam…