Motosikal Kawasaki Ninja ZX-10R SE 2019 ini mungkin tampak agak mirip pendahulunya, namun, ianya telah menjalani sejumlah rombakan semula. Selain daripada kepala silinder dan ‘valvetrain’, varian SE ini juga dilengkapi dengan suspensi separa aktif elektronik. Ianya sebuah jentera yang hebat untuk jalan raya dan juga di atas litar.
Tag: Kawasaki Ninja ZX-10R SE 2019
Kawasaki telah mengemaskini model Kawasaki Ninja ZX-10R 2019 bagi menghasilkan lebih banyak kuasa kuda. Pengemaskinian tertumpu pada valvetrain dan mengurangkan jisim bergerak. Pengemaskinian ini menunjukkan kesungguhan Kawasaki dalam mengekalkan dominasi mereka di siri perlumbaan World Superbike.