Pemilik Aprilia di Malaysia telah menikmati satu hari yang cukup menyeronokkan di Litar Antarabangsa Sepang semalam. Didi Resources, pengedar rasmi baharu jenama tersebut, telah menganjurkan satu hari litar, seperti mana yang telah dijanjikan. Pelbagai model motosikal Aprilia telah turun ke litar.