HLYM telah mengumumkan harga bagi model Yamaha YZF-R25 2019 pada hari ini. Motosikal R25 2019 masih mengekalkan enjin model yang terdahulu. Namun, ia kini didatangkan dengan pelbagai ciri yang baharu.
Category: YZF-R25
Hong Leong Yamaha Motor telah melancarkan motosikal lumba ringan Yamaha YZF-R25 2019 pada hari ini. Ia menampilkan penggayaan dan panel badan baharu, diilhamkan dari jentera MotoGP YZR-M1. Motosikal 2019 ini tidak berubah dari segi mekanikal, kecuali untuk fork terbaliknya.
Yamaha telah memperkenalkan model Yamaha YZF-R3 2019. Dengan ini sudah pasti akan ada berita mengenai model YZF-R25 2019 untuk pasaran Malaysia dalam masa yang terdekat. Penggayaan motosikal baharu ini diilhamkan dari model YZF-R1.
Model Yamaha YZF-R25/R3 kekal tidak berubah sejak tahun 2015. Telah muncul gambar-gambar di Indonesia yang dikatakan merupakan “YZF-R3 baharu” bagi tahun 2019. Jika Yamaha meneruskan pelan ini, dijangkakan yang ia akan tampil dengan komponen dan penggayaan yang terkini.
HLYM mengemaskini grafik dan warna untuk jentera 250cc mereka iaitu YZF-R25 dengan pilihan dua warna hitam dan biru. Harga masih tidak berubah pada RM20,630.78 (asas tidak termasuk GST).
Yamaha dikatakan sedang dalam proses mengemaskini jentera YZF-R25 dengan memberikan perubahan pada rekaannya. Pereka grafik dari Indonesia, Motoblast telah mengimaginasikan rekaan yang mungkin dalam cadangan Yamaha untuk kemasikininya.
Notis rasmi dari Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Malaysia Pelan “recall” suis pencucuhan (ignition switch) dan pendakap tangki petrol (fuel tank bracket) Perhatian kepada semua pemilik Yamaha YZF-R25. Yamaha Motor Co. Ltd. (Jepun) baru sahaja membuat pengumuman untuk sebuah pelan “recall” kepada motorsikal Yamaha YZF-R25. Ini kerana terdapat isu dengan dua komponen motorsikal tersebut iaitu…
Yamaha kembali seperti biasa setiap tahun dengan mengemaskini grafik pada jentera-jenteranya dan kini model YZF-R3 mendapat grafik yang lebih segar. Terdapat 3 pilihan warna bagi pengguna di Amerika Syarikat iaitu warna Race-Blu, hitam dan warna putih.
Yamaha Japan memperkenalkan grafik 2016 edisi terhad untuk model YZF-R25 sempena kemenangan pasukan Movistar Yamaha MotoGP Team dalam perlumbaan MotoGP pada tahun lepas, 2015, dimana Jorge Lorenzo memenangi kejuaraan dengan penuh drama dan kontroversi. Logo baru yang dapat dilihat berbanding dengan edisi Movistar pada 2015 adalah ENEOS dan logo Movistar di tengah-tengah bahagian lampu depan….