Projek oleh Yard Built yang paling baru ini telah membuahkan hasil dalam bentuk sebuah motosikal Yamaha XSR900 buatan khas paling cantik di dunia buat masa ini. Dibina oleh Auto Fabrica dari England, motosikal ini dikenali sebagai siri Type 11 Prototype. Versi kegunaan litar ialah Prototype One manakala bagi model jalan raya pula dinamakan Prototype Two.