Yamaha kembali seperti biasa setiap tahun dengan mengemaskini grafik pada jentera-jenteranya dan kini model YZF-R3 mendapat grafik yang lebih segar. Terdapat 3 pilihan warna bagi pengguna di Amerika Syarikat iaitu warna Race-Blu, hitam dan warna putih.
Category: Yamaha
Satu aksesori yang mampu menaikkan aura MotoGP kepada YZF-R25 anda dengan cukup mudah sekali dengan hanya menambah ‘winglet’.
Satu kombinasi warna yang sesuai untuk Yamaha R3 yang mempunyai asas yang sama dengan Yamaha YZF-R25 di Malaysia.
Uma Racing hadir dengan ekzos prestasi tinggi ‘Back Pressure’ untuk model Yamaha Y15ZR yang semakin popular dan disamping kehadiran RS150R yang mengganas. Ekzos ini memberikan peningkatan sebanyak 1.04PS menjadikan kuasa maksimum Y15ZR sejumlah 15.47PS berbanding ekzos asal pada 14.43PS (data dari Uma Racing).
HLYM mengirimkan gambar rasmi kepada kami mengenai Yamaha Y15ZR Edisi GP (2016) yang kini telah berada di pasaran. Sememangnya menjadi tradisi kepada HLYM untuk menghasilkan model bertemakan grafik MotoGP setiap tahun menjelang siri perlumbaan di Sepang. Harga rasmi dari HLYM adalah RM8,634.76 (asas termasuk GST)
Edisi khas Yamaha Movistar MotoGP hadir lagi sempena MotoGP yang akan berlangsung pada hujung Oktober ini di Sepang F1 Circuit. Walaupun nampak sama pada pandangan biasa, namun bagi penggemar edisi khas Yamaha, pasti akan tahu ada bezanya walaupun hanya sedikit adanya.
Fred ‘Krugger’ Bertrand dari Belgium mempersembahkan model modifikasi hasil kerja tangan beliau yang berasaskan model Yamaha SR400. SR400 merupakan motosikal dengan hanya kapasiti 400cc yang mana mungkin agak kecil berbanding dengan model yang biasa diubahsuai kepada pelumba kafe berkapasiti 500cc hingga 1000cc. Namun, apa yang menarik bagi pelumba kafe Yamaha SR400 ini adalah penggunaan pengecas…
JvB Moto mengubahsuai Yamaha MT-07 yang sememang telah sedia cantik dengan beberapa perubahan untuk menjadikannya lebih unik. Bentuk modifikasi seperti ini dikategorikan dalam ‘Scrambler’ dimana ia sezaman dengan Cafe Racer yang biasa kita lihat.
Yamaha Motor telah melancarkan model skuter terbaru mereka iaitu Janus di Vietnam. Skuter ini berkuasa 125cc dikuasakan oleh enjin “BLUE CORE” dan disasarkan kepada penunggang wanita. Pada pandangan pertama, Janus sangat mirip dengan model-model dari Piaggio dari Itali, namun Yamaha melengkapkan tayar yang lebih besar pada bahagian hadapan dan belakang dimana saiznya adalah 14 inci….