Penunggang bagi pasukan Movistar Yamaha MotoGP, Valentino Rossi telah melakukan empat pusingan kelmarin di Misano di atas jentera Yamaha YZF-R1M yang juga merupakan sebahagian daripada ujian kecergasannya. Juara Dunia sembilan kali itu tidak sabar untuk meneruskan cabaran kejohanan 2017-nya setelah terpaksa berehat pada pusingan MotGP yang lalu oleh kerana kecederaan yang mengakibatkan keretakan berganda pada…
Category: WSBK
Perlumbaan WorldSSP300 pada hujung minggu lalu di Portugal menyaksikan Ana Carrasco (ETG Racing) mencipta sejarah sebagai penunggang wanita pertama memenangi perlumbaan motosikal Kejohanan Dunia. Penunggang berusia 20 tahun dari Sepanyol itu bertarung dengan hebat di sepanjang perlumbaan dan berjaya merangkul kemenangannya itu di selekoh terakhir dan melintasi garisan penamat di tempat pertama. Ketika ini, penunggang…
Desas-desus telah tersebar mengenai usaha untuk memancing juara WorldSBK, Jonathan Rea untuk menyertai Suzuki dalam siri MotoGP. Dengan prestasi penunggang utama semasa SUZUKI ECSTAR, Andrea Iannone, tidak mencapai tahap yang mereka harapkan, Dorna dan Suzuki dikatakan sedang dalam perbincangan dalam usaha untuk mendapatkan khidmat Juara Dunia WorldSBK itu. Sekiranya perpindahan ini berjaya, terdapat satu…
Penunggang bagi pasukan pengilang WorldSBK Yamaha, Michael van der Mark telah dipilih untuk menggantikan Valentino Rossi yang telah tercedera bagi pusingan MotoGP yang berikutnya di Aragon pada 24 September 2017. Penunggang berusia 24 tahun yang berasal dari Belanda itu bakal membuat kemunculan MotoGP yang pertama kalinya di atas jentera Yamaha YZF-M1 dengan sokongan daripada…
Telah terbit satu gambar yang menarik yang tersebar di beberapa buah platform media sosial yang mengatakan ianya mungkin sekali sebuah motosikal superbike Ducati Panigale V4. Dijana oleh enjin V4 “Desmosedici Stradale” atau “Desmosedici Jalanraya”, enjin ini bakal diperkenalkan pada hujung minggu ini sewaktu pusingan MotoGP di Misano. Walaupun motosikal itu sudah pun pecah tembelangnya disebabkan…
Media permotoran dari Belgium, MaxxMoto telah mengeluarkan sebuah video yang menunjukkan apa yang kelihatan seperti sebuah superbike Ducati V4 yang baru melakukan beberapa pusingan di atas litar ujian. Superbike keluaran Ducati janaan V4 yang akan muncul tiba ini mempunyai runut bunyi yang hampir sama dengan motosikal GP Ducati Desmosedici atau pun Honda RC213V. Ia…
Ianya telah diumumkan pada awal hari semalam yang penunggang WorldSBK, Marco Melandri akan meneruskan lagi kerjaya perlumbaannya dengan pasukan Aruba.it Racing Ducati untuk satu musim lagi pada tahun 2018. Penunggang berusia 35 tahun dari Itali itu telah membuktikan kemampuannya sebagai penunggang di atas jentera Ducati 1199 Panigale R dengan penamat di atas podium yang…
Sesetengah pihak telah mengatakan bahawa format grid terbalik yang terkini dalam WorldSBK tidak membuahkan hasil seperti apa yang telah diharapkan. Rancangannya adalah untuk meletakkan para penamat di atas podium bagi Perlumbaan 1 dalam kedudukan terbalik dari baris yang ketiga dengan harapan yang ianya akan memberikan peluang kepada pasukan dan penunggang namun ianya tidak berjaya….
Akhirnya, motosikal Ducati Panigale 1299 R Final Edition telah pun dilancarkan di Pusingan Amerika Syarikat WorldSBK di litar lumba ikonik Laguna Seca. Edisi terakhir ini digayakan dengan elegan sekali dalam kemasan ikonik ‘tricolore’ bendera Itali ini secara dasarnya adalah sebuah Superleggera yang dipermudahkan tetapi masih lagi menyengat dengan 209hp. Berharga $40,000 (sekitar RM172,000), Panigale…