Motosikal Triumph Rocket III telah diintip sedang menjalani ujian. Ia dijangka tampil dengan enjin 2,500 hingga 2,800cc, 180 hingga 200hp yang baharu. Motosikal baharu ini tampak lebih moden dan agresif.
Category: Rocket III
Gambar-gambar bagi apa yang mungkin sekali sebuah model Triumph Rocket III telah dibocorkan dalam talian internet. “Motosikal baharu” ini digayakan dengan lebih agresif berbanding dengan model semasanya. Ia akan meletakkan model Rocket III ini di satu kedudukan yang membolehkannya bersaing secara langsung dengan model power cruiser semasa.