Pesta Motosikal Utara 2019 telah bersiap sedia untuk memeriahkan Tahun Baru Cina. Acara ini akan diadakan di Ipoh dan Langkawi pada dua hujung minggu berlainan. Acara-acara ini akan dianjurkan oleh Goh Brothers dan Sheng Fatt Motor.
Category: Sheng Fatt Motor Sdn. Bhd
Aprilia Malaysia dan Sheng Fatt Motor telah mengadakan sesi bual bicara anjuran bersama mereka yang pertama di Pulau Pinang. Program ini bertujuan untuk memberi sokongan buat para pemilik Aprilia di utara Malaysia. Aprilia Malaysia dan Sheng Fatt amat menitik beratkan perkhidmatan selepas jualan.
Anda rasa anda faham akan selok belok motosikal dan kelengkapan menunggang anda? Tetapi, sedalam manakah sebenarnya pengetahuan anda? Sheng Fatt Motor Sdn Bhd Pulau Pinang akan menganjurkan satu sesi ‘shop talk’ istimewa buat semua penunggang motosikal. Bual bicara ini turut meliputi satu sesi perkongsian ilmu dan sesi bual bicara yang dihoskan oleh Pengurus Selepas Jualan…
Aprilia adalah jentera istimewa yang memerlukan penjagaan yang istimewa. Pusat perkhidmatan Aprilia di Pulau Pinang sedang menawarkan diskaun istimewa buat para pemilik. Kempen ini akan diadakan dari 24 Disember hingga 28 Disember 2018.