Motosikal konsep Peugeot P2X Roadster dan Café Racer telah diperkenalkan di acara Paris Motorshow baru-baru ini. Rangkaian P2X terdiri daripada motosikal roadster 125cc dan café racer 300cc. Skuter jenama Peugeot kini telah berada di 60 buah negara di seluruh dunia.
Category: Peugeot
Nasim Sdn Bhd (Peugeot Malaysia) telah mengumumkan harga baharu bagi model-model tawaran mereka di pasaran Malaysia yang kini telah dikemaskinikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan SST. Cukai SST sebanyak 10% ini telah pun bermula pada awal bulan September 2018.