Norton telah bekerjasama dengan Breitling bagi menghasilkan model edisi terhad Norton Breitling Sport. Hanya 77 unit ini yang akan dikilangkan. Kedua-dua syarikat ini memiliki sejarah yang panjang dalam bidang masing-masing.
Category: Norton Motorcyle Company
Norton Motocycle Company telah memeterai kontrak bernilai £5 juta bersama dengan pengedar di Jepun. Perjanjian ini akan menyaksikan penghantaran 1,000 buah motosikal dalam tempoh lima tahun. Perjanjian ini membolehkan Norton untuk menambah bilangan tenaga kerjanya.
Motosikal Norton Superlight telah diperkenalkan selepas model Atlas. Motosikal baharu ini menggunakan enjin yang sama seperti model Atlas namun telah ditala untuk perlumbaan. Enjin 650cc motosikal ini mampu menghasilkan 105hp dan ianya hanya seberat 158kg.
Motosikal Norton Atlas Ranger dan Norton Atlas Nomad telah pun diperkenalkan. Kedua-dua model ini adalah motosikal jenis scrambler yang dijana enjin 650cc. Model Ranger mempunyai kebolehan ‘off-road’ manakala model Nomad pula untuk kegunaan jalan raya.
Norton telah mengesahkan yang Josh Brookes akan meneruskan kerjaya perlumbaan jalan rayanya bersama mereka di Isle of Man TT 2018. Pelumba motosikal superbike dari Australia berusia 34 tahun itu akan mengemudi jentera yang cukup terkenal, Norton V4 RR 1,200cc. Perlumbaan Isle of Man TT 2018 akan bermula pada 26 Mei 2018 hingga 8 Jun…
Norton telah mengeluarkan tiga buah model ulang tahun e-50 Norton Commando bagi meraikan lima dekad yang penuh kejayaan bagi motosikal Commando. 50 unit bagi setiap model ulang tahun ke-50 Norton Commando 961 Cafe Racer, Sport, dan California akan dihasilkan sebagai model dengan nombor bersiri. Motosikal-motosikal akan dijual secara ‘siapa cepat, dia dapat’, jadi, bersegeralah…