Motosikal MV Agusta Dragster 800 RR Pirelli adalah sebuah model edisi terhad. Ia dilengkapi dengan pelbagai ciri yang memberi hormat kepada pengeluar tayar terkemuka dari Itali tersebut. Tiada sebarang berita mengenai jumlah yang akan dikeluarkan dan harganya.
Category: Motosikal Edisi Terhad
Sebuah syarikat dari Sweden, Cake, telah mencipta motosikal Cake Kalk, sebuah motosikal off-road elektrik yang merupakan gabungan sebuah basikal ‘mountain bike’ dan sebuah jentera motocross. Dengan berat hanya 70kg, motosikal ini dapat merentasi jarak sejauh 80km pada kelajuan tertinggi 80km/j. Setiap satu motosikal edisi terhad ini berharga €14,000 (RM67,164).
MV Agusta telah memperkenalkan sebuah edisi terhad terbaru mereka bersempena perayaan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat bagi tahun 2017, MV Agusta Brutale 800 America. Hanya 50 unit sahaja yang akan disediakan berkesesuaian dengan bilangan negeri di Amerika Syarikat dan setiap satu memberikan penghormatan kepada warna merah, putih, dan biru motosikal MV Agusta 750 S 1973….