Andrea Dovizioso telah mengesahkan tempatnya dalam pasukan Ducati MotoGP bagi musim 2019 dan 2020. Perjanjian di antara ke dua belah pihak telah dimeterai semalam sebelum bermulanya hujung minggu HJC Helmets Grand Prix de France. Masa depan Jorge Lorenzo masih lagi samar buat masa ini.
Category: MotoGP 2020
Aleix Espargaro telah mengesahkan bahawa dia akan kekal bersama pasukan Aprilia Racing Team Gresini untuk dua musim yang akan datang. Satu kontrak dua tahun yang baru telah ditandatangani menandakan penunggang kelahiran Sepanyol itu akan terus mengemudi Aprilia RS-GP sehingga hujung musim 2020. Tiada sebarang berita mengenai siapakah yang bakal menjadi penunggang kedua Aprilia.
Johann Zarco akhirnya telah mengumumkan bahawa dia akan menyertai pasukan pengilang KTM bagi MotoGP musim 2019 dan 2020. Penunggang kelahiran Perancis itu akan berganding dengan Pol Espargaro yang juga telah memperbaharui kontrak dua tahun bersama KTM. KTM yakin yang Zarco akan mampu mengemudi jentera KTM RC16 bagi menduduki tempat di atas podium.
Valentino Rossi baru sahaja menandatangani sebuah kontrak dua tahun dengan pasukan Movistar Yamaha MotoGP. Ini bermakna juara dunia MotoGP sebanyak sembilan kali itu akan bersaing sehingga akhir musim 2020. Pada tahun 2020, genap 25 tahun kerjaya perlumbaan Rossi, di mana 15 tahun daripadanya adalah bersama Yamaha.
Marc Marquez telah menandatangani perjanjian baru dengan Repsol Honda yang akan menyaksikannya berlumba bagi pasukan tersebut sehingga hujung musim 2020. Juara dunia MotoGP empat kali itu telah bersama dengan pasukan Repsol Honda sejak tahun 2013 dan hanya gagal memenangi satu kejohanan pada tahun 2015. Pembaharuan kontrak ini telah melenyapkan segala gosip mengenai perpindahan Marquez ke…