KTM Malaysia menggegarkan MotoGP Malaysia 2017 dengan penuh bergaya sekali. Penunggang Moto3 dan Moto2 telah turun ke padang bagi sesi ramah mesra dan tandatangan bersama dengan para peminat. Penunggang MotoGP juga telah menghadiri sesi beramah mesra dan tandatangan bersama dengan peminat pada hari ini.
Category: MotoGP 2017
Miguel Oliveira telah memenangi perlumbaan Moto2 pertama bagi pasukan KTM di GP Australia. Teman sepasukannya, Brad Binder, memperoleh penamat di atas podiumnya yang pertama di tempat ke-dua. Tahun ini merupakan tahun pertama pasukan KTM dalam kelas Moto2.
Setelah selesai pusingan MotoGP Australia semalam, Joan Mir dari pasukan Leopard Racing telah ditabalkan sebagai Juara Dunia Moto3 2017 selepas memenangi perlumbaan ke-sembilannya untuk musim ini. Penunggang berusia 20 tahun dari Sepanyol itu telah membuat kemunculan sulungnya hanya dua tahun yang lalu di litar yang sama di mana dia memenangi Kejohanan Dunia Moto3 2017….
Pasukan Petronas Raceline Malaysia akan berpisah dengan Hafizh Syahrin pada tahun 2018. Hafizh Syahrin telah berjaya menaiki podium sebanyak dua kali pada tahun ini. Dia juga telah bersama dengan pasukan Petronas Raceline Malaysia sejak 10 tahun yang lalu.
KTM Malaysia telah bersiap sedia bagi menyemarakkan MotoGP Malaysia 2017 dengan warna READY TO RACE Orange. KTM Malaysia juga akan menawarkan KTM MotoGP Fan Package. Nantikan kehadiran motosikal KTM terkini beserta dengan sesi ‘Meet & Greet‘ bersama para penunggang utama KTM.
Jorge Lorenzo tidak berpuas hati dengan Johann Zarco. Lorenzo telah mengatakan bahawa Zarco telah bertindak terlampau agresif. Zarco mempertahankan tindakannya itu dengan mengatakan yang ianya hanyalah sebahagian daripada adat perlumbaan.
Pasukan Red Bull KTM Factory Racing telah mengesahkan yang kedua-dua penunggang semasa mereka, Bradley Smith dan Pol Espargaro, akan terus menunggang bagi pasukan itu untuk siri MotoGP musim 2018. Kedua-dua penunggang berkenaan beserta dengan penunggang uji mereka, Mika Kallio, akan meneruskan usaha mereka membangunkan jentera perlumbaan mereka, KTM RC16 MotoGP, untuk lebih berdaya…