Sebelum ini, kami telah mempratontonkan model Moto Guzzi V7 III Rough 2018. DIDI Resources Sdn. Bhd. dengan secara rasminya telah melancarkan motosikal berkenaan di Malaysia. Harga bermula dari RM69,900 bagi unit pengenalan dan RM75,000 untuk unit yang berikutnya (harga asas beserta SST, tidak termasuk insurans dan cukai jalan).
Category: V7
Moto Guzzi V7 III Rough 2018 adalah varian scrambler bagi pengeluar dari Itali berkenaan. Dibina atas platform V7 III, model Rough ini mempunyai keupayaan ‘off-road’ terhad. Selain daripada tayar dan beberapa buah reka bentuk yang berlainan, model Rough ini secara asasnya tidak begitu berbeza dengan model V7 III yang lain.
Model Moto Guzzi V7 III Carbon Shine menampilkan kemaskini estetik pada rangkaian popular V7. Tiada perubahan dari segi prestasi pada motosikal ini, tetapi, ianya telah dilengkapi dengan bahagian karbon fiber untuk menyerlahkan lagi rupa parasnya. Hanya 500 unit yang akan dihasilkan untuk seluruh dunia, dan berkemungkinan ada yang akan tiba di tanah air kita.
Moto Guzzi Malaysia telah memperoleh unit 0001/1000 motosikal V7 III Anniversario. Pengeluaran model ini telah dihadkan kepada hanya 1000 unit untuk seluruh dunia. Motosikal ini ditetapkan harganya pada RM80,900 (termasuk 6% GST, tidak termasuk cukai dan insurans).
Motosikal Moto Guzzi V9 Roamer dan V7 III Stone melengkapkan lagi rangkaian motosikal Guzzi. Moto Guzzi mengelaskan V9 Roamer sebagai sebuah motosikal buatan khas, dengan rekaan yang mengimbau kembali motosikal tahun 70-an. Motosikal V7 III Stone menjadi asas bagi pengkhususan.
Moto Guzzi V7 III Stone, V7 III Racer dan V9 Roamer telah dilancarkan pada hari Sabtu yang lalu di Moto Guzzi 3S Centre yang akan memulakan operasinya pada Ogos 2017. Pengenalan motosikal terbaru ini disusuli dengan pengumuman Didi Resources Sdn Bhd sebagai pembekal dan pengedar rasmi di Malaysia. Moto Guzzi 3S Centre baru yang…