Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua) mencatat penjualan hampir 37,400 kenderaan dalam tempoh dua bulan pertama tahun 2019 berbanding 34,800 yang dicatat dalam tempoh sama tahun lalu. Peningkatan sebanyak 7.3% itu dilakar ekoran terdapat permintaan tinggi terhadap semua model yang ditawarkan. “Peningkatan prestasi jualan adalah hasil daripada usaha kami untuk menambahbaik masa penghantaran kami,” kata…
Category: Perodua
Perodua kini telah mencatat satu lagi kejayaan baharu dimana lebih dari 100,000 unit Perodua Myvi generasi ketiga berjaya dijual kepada para pengguna di dalam negara setakat ini. Model yang dikatakan paling berjaya dalam sejarah Perodua mencatat nombor jualan besar ini walaupun baru dilancarkan pada November 2017. Setakat ini, jumlah tempahan untuk Perodua Myvi generasi ketiga…
Sempena Tahun Baru Cina 2019, Perodua telah membuat satu lawatan ke Hospital Selayang untuk memberikan sedikit kegembiraan kepada pesakit kanak-kanak di wad pediatrik hospital tersebut. Program ziarah pesakit kanak-kanak telah dijalankan pada Sabtu lepas 10 sukarelawan Perodua serta maskot UFirst Ari mengedarkan angpow dan hamper yang mengandungi beg tali dan alat tulis kepada kira-kira 80…
Setelah berjaya mencatat jualan tertinggi dalam sejarah pada tahun 2018, Perodua mempunyai sasaran baharu bagi tahun 2019 dimana mereka akan berusaha keras untuk mencapai jumlah jualan unit kenderaan sebanyak 231,000 atau 4% peningkatan jika dibandingkan jualan tahun lepas.
Setelah sekian lama dalam perancangan masa depan Perodua, SUV 7-tempat duduk terkini iaitu Perodua Aruz 2019 telahpun dilancarkan secara rasmi sebentar tadi. Seperti yang telah diumumkan oleh Perodua awal bulan ini, terdapat dua varian yang boleh dipilih oleh para pelanggan iaitu X dan AV (Advance).
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) bersama Perodua baru sahaja menamatkan Program Karakuri MARii dimana 30 peserta dari 15 syarikat telah dianugerahkan dengan sijil selesai program oleh CEO MARii, Dato’ Madani Sahari. Menurut Dato’ Madani Sahari, “Industri automotif hanya boleh berkembang apabila terdapat usaha bersama dalam keseluruhan ekosistem automotif. Program MARii Karakuri adalah contoh…
Seperti yang telah dinanti-nantikan selama ini, kenderaan Sport Utiliti atau SUV terbaru dari Perodua telah pun tiba dan namanya ialah Perodua Aruz! Model SUV dengan tujuh tempat duduk ini kini dibuka untuk tempahan dengan harga anggaran antara RM72,200 hingga RM77,200 (harga atas jalan tanpa insurans).
Perodua baru sahajan mengumumkan bahawa bilik pameran Perodua Mid Valley di bawah jagaan DMM Sales Sdn Bhd telah pun berpindah ke lokasi baharu iaitu di Menara MBMR, Jalan Syed Putra. Tujuan pemindahan lokasi adalah untuk menggandakan kapasiti jualannya dan menjaga kepuasan pelanggan.
Perodua akan menyumbang 50 buah Myvi kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak serta 25 institusi pengajian tinggi di seluruh negara (untuk kegunaan dalam latihan dan penyelidikan), menjadikan ia antara penyerahan kenderaan terbesar yang pernah dilaksanakan oleh mereka. 25 institusi pendidikan tinggi ini merangkumi universiti, institusi vokasional, teknikal, latihan industri dan kemahiran belia.