Jabatan Keselamatan Jalan Raya, sedang mengkaji sama ada untuk menghadkan motosikal kapchai pada 70km/j dan menunggang di sebelah kiri jalan sahaja. Diharapkan yang tindakan ini akan mengurangkan jumlah kematian akibat kemalangan motosikal. Pada pandangan kami, ada banyak lagi langkah yang lebih produktif yang boleh dilaksanakan.