Honda Powersport US telah bekerjasama dengan Forever 21 dalam membangunkan rangkaian pakaian yang baru dinamakan koleksi F21xHonda. Fesyen berjenamakan sukan permotoran ini diilhamkan daripada zaman kegemilangan perlumbaan Honda pada penghujung tahun 80-an dan 90-an. Walaupun usahasama ini langsung tidak dijangkakan, Honda cukup dikenali dengan strategi mengagumkan mereka dalam kempen pemasaran sejak tahun 1960-an lagi.