Motosikal Honda CBR1000RRW 2018 telah diperkenalkan sebagai jentera pertandingan bagi perlumbaan ketahanan “Suzuka 8-hours” tahun ini. Motosikal ini akan dikendalikan oleh pasukan pengilang HRC bagi menyaingi Yamaha yang telah mendominasi arena ini. Takumi Takahashi, bersama dengan dua lagi penunggang pasukan Honda yang lain dari MotoGP dan WorldSBK akan mengemudi jentera ini pada penghujung bulan Julai…