Honda CBR1000RR Fireblade Baharu Bakal Tampil Dengan Kuasa Yang Lebih Besar?

Motosikal Honda CBR1000RR Fireblade telah dikritik oleh pasukan dan penggemar perlumbaan atas kerana kekurangan kuasanya dalam kelas terbuka. Khabar angin telah tersebar mengatakan Honda sedang membangunkan sebuah enjin V-4 bagi motosikal baharu itu. Adakah motosikal yang baharu itu akan tampil dengan lebih banyak kuasa atau Honda akan mengutamakan pengurangan beratnya?

Honda CBR1000RR 2019 Akan Dijana Oleh Enjin V4?

  Khabar angin telah tersebar di atas talian tentang kemungkinan kemunculan Honda CBR1000RR 2019 serba baru yang akan menggunakan enjin V4. Majalah Jepun, Young Machine, baru-baru ini telah mengeluarkan satu imej yang dihasilkan yang menunjukkan satu rekabentuk bagi superbike Honda yang mungkin akan dikeluarkan itu. Honda berpengalaman luas dalam tatarajah enjin V4 dan model CBR1000RR…