Motosikal cruiser elektrik terbaru, Curtiss Zeus 2020 baru sahaja diperkenalkan. Prototaip tersebut dijana oleh motor elektrik berkembar yang dikatakan mampu menghasilkan sehingga 170hp dan 393Nm tork. Ciri-ciri lain yang ada pada Zeus termasuklah roda karbon fiber, fork hadapan ‘double-wishbone’, brek Beringer, dan bermacam-macam lagi.