Satu gambar intipan yang menunjukkan sebuah motosikal yang mungkin sekali adalah motosikal dwi-sukan BMW F 850 GS 2019 yang sedang diuji. Walaupun model 2018 motosikal tersebut baru sahaja dilancarkan pada bulan November yang lalu, model yang baru ini dilihat ada beberapa perbezaannya. Model yang dikemaskini itu dijangka bakal diperkenalkan menjelang hujung tahun ini.