Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. dengan secara rasminya telah memperkenalkan motosikal Benelli TNT 135 LE 2018. Model edisi terhad ini didatangkan dengan lebih kurang 15 kemaskini estetik terbaru termasuklah sebuah pelitup ekzos karbon fiber. Hanya 1,000 buah unit sahaja yang telah disediakan dengan harganya pada RM9,988 (harga asas beserta GST).