Motosikal Aprilia RSV4 RF LE adalah motosikal pertama dalam dunia yang telah dilengkapi dengan reraup aero. Reka bentuknya telah mengambil inspirasi dari motosikal projek MotoGP mereka, iaitu Aprilia RS-GP Hanya 125 buah unit sahaja yang akan dihasilkan bagi pasaran Amerika Utara dengan harga $24,499 (sekitar RM95,484).