2017 Benelli TnT135 dilancarkan di Malaysia – RM7,990 (asas)

BENELLI Malaysia melancarkan model baharu di dalam barisan keluarga Benelli iaitu TnT135 di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. BENELLI TnT135 serba baru menampilkan enjin suntikan bahan api elektronik SOHV 4 injap sejukan pelincir bagi memberi daya pecutan dan kepuasan kepada yang inginkan tunggangan lebih sporty, ditambah dengan rangka tiub keluli menjadikan ia tunggangan lebih mantap…

2017 Honda MSX 125 kini hadir ke Malaysia – RM11,128.94 (termasuk GST)

  Boon Siew Honda (BSH) nampaknya terus agresif dalam memperkenalkan jentera-jentera baru yang menarik. Kali ini, BSH membawakan kepada rakyat Malaysia jentera genit yang comel iaitu Honda MSX 125 yang mana dikenali juga sebagai Honda Grom di negara lain. Honda MSX 125 ini hadir dengan enjin satu silinder 125cc 4-lejang yang mampu memberikan kuasa maksima pada 7.2kW (9.65bhp)…

2017 Suzuki V-Strom 250

Setelah memperkenalkan jentera sukan 250cc, GSX-250R, Suzuki terus menyertai saingan dalam kategori jentera kembara 250 dengan adanya Suzuki V-Strom 250. Kehadiran jentera kembara dalam kategori 250cc sangat ditunggu oleh peminat motosikal terutamanya di Asia kerana had lesen yang dibahagikan mengikut kapasiti enjin sehingga 250cc. Selain itu juga, pilihan dalam kategori 250cc biasanya hanya model sukan…

2017 Kawasaki Versys-X 250 telah hadir ke Indonesia – jentera kembara 250cc

Saat pengeluar lain sibuk menyiapkan jentera ‘sport’ dalam kategori 250cc, Kawasaki bertindak dengan cara yang berbeza dengan terus mempersembahkan jentera 250cc dalam kategori kembara (tourer). Hasilnya adalah 2017 Kawasaki Versys-X 250 City / Versys-X 250 Tourer. Kawasaki Versys-X 250 merupakan jentera yang baru sahaja diperkenalkan pada awal November ini, dan nampaknya Kawasaki Indonesia tidak menunggu lama…