Motosikal Honda CB1000R Carbon Edition Diperkenalkan Di Tokyo

Sebuah motosikal buatan khas ‘one-off’ karbon fiber, Honda CB1000R Carbon Edition 2018 telah diperagakan sewaktu Pertunjukan Motosikal Tokyo 2018. Dibina oleh Magical Racing, setiap satu bahagiannya, bermula dari roda hinggalah ke palang pemegangnya, telah digantikan dengan bahagian karbon fiber. Sebuah ekzos sistem penuh Yamamoto Racing Spec-A dengan peredam berwarna emas melengkapkan lagi motosikal tersebut.

BMW R1250 Global Sport Concept

Motosikal konsep BMW R1250 Global Sport Concept ini telah direka oleh Oberdan Bezzi. Direka sebagai sebuah jentera kembara yang lebih sporty, motosikal BMW R1250 ini mempunyai gaya yang lebih agresif dan lebih rendah. Dijana oleh enjin boxer sejukan udara 1,250cc, meredahi mana-mana muka bumi akan menjadi lebih mudah dan pantas.

Husqvarna 701 Vitpilen 2018 Akan Tiba Di Tanah Air Kita?

Khabar angin mengenai motosikal Husqvarna 701 Vitpilen 2018 telah tersebar berikutan berita mengenai kemungkinan pelancaran rangkaian 401 yang baru. Motosikal 701 Vitpilen yang baru telah pun tersedia bagi pasaran Eropah dan ianya dengan pantas menjadi bualan hangat di kalangan penggemar motosikal. Dengan rekabentuk yang cantik dan spesifikasi yang tercanggih, harga bagi pasaran UK adalah £8,999…

MotoGP: Johann Zarco Bakal Menyertai Repsol Honda?

Pusingan MotoGP Qatar menyaksikan satu perlumbaan yang amat menarik sekali beserta dengan desas-desus yang mengatakan Johann Zarco mungkin akan berpindah ke pasukan Repsol Honda pada tahun hadapan. Penunggang bagi pasukan Monster Yamaha Tech3 itu menduduki Petak Pertama dan mendahului majoriti perlumbaan sebelam jatuh ke tempat ke-lapan akibat masalah tayar. Khabar angin telah mengandaikan yang Zarco…

Husqvarna 401 Vitpilen dan 401 Svartpilen 2018 Akan Dibawa Masuk Ke Malaysia?

Khabar angin telah tersebar mengenai kemungkinan pelancaran motosikal Husqvarna 401 Svartpilen dan 401 Vitpilen 2018 di Malaysia. Desas desus mengatakan yang motosikal-motosikal tersebut akan diperkenalkan secara rasmi dalam masa beberapa minggu. Dengan nama gelaran “White Arrow” dan “Black Arrow”, kedua-dua buah motosikal ini telah dilengkapi dengan enjin satu silinder 375cc, menghasilkan 44hp dengan 37Nm tork.

Motosikal Off-Road Elektrik RM67,000, Cake Kalk!

  Sebuah syarikat dari Sweden, Cake, telah mencipta motosikal Cake Kalk, sebuah motosikal off-road elektrik yang merupakan gabungan sebuah basikal ‘mountain bike’ dan sebuah jentera motocross. Dengan berat hanya 70kg, motosikal ini dapat merentasi jarak sejauh 80km pada kelajuan tertinggi 80km/j. Setiap satu motosikal edisi terhad ini berharga €14,000 (RM67,164).