Penunggang Kawasaki H2 Temui Ajal Di Jalan Sungai Koyan

Seorang penunggang motosikal maut di Jalan Sungai Koyan-Pos Betau, hari ini. Mangsa, Mohd Fadzly Abdul Hamid mengalami kecederaan parah sebelum meninggal dunia di tempat kejadian. Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Lipis, mangsa yang berasal dari Segamat, Johor menunggang motosikal jenis Kawasaki H2 bersama rakan konvoi lain menuju ke Cameron Highlands sewaktu kejadian. Difahamkan, jentera mangsa…

Tiga Warna Baharu Benelli Leoncino 500 Ditawarkan Bagi 2020

Pengedar jenama Benelli, MForce Bikes Holdings Sdn Bhd memperkenalkan tiga pilihan warna baharu bagi Leoncino 500. Leoncino 500 merupakan antara model paling popular bagi keluarga Benelli tatkala menawarkan rekaan klasik retro yang digabungkan dengan teknologi moen. Model yang direka di Centirostile Benelli, Itali ini masih mengekalkan identiti sama bagi motosikal Benelli yang telah dihasilkan lebih…

Nature Ride: ‘Ride’ Santai Bersama Big Boys Adventure Ke Bukit Fraser!

Sebaik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memasuki fasa pemulihan, kami sertai ‘ride’ bersama Big Boys Adventure (BBA) ke The Stick di Bukit Fraser. Nature Ride merupakan antara inisiatif BBA dalam menghargai keindahan alam di samping menikmati jalan raya menuju ke Bukit Fraser. Bergerak dalam kelompok kecil di samping mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan,…

Bosan Dengan Warna Merah, Ducati Perkenalkan Panigale V2 White Rosso

Ducati memperkenalkan Panigale V2 dengan pilihan warna putih ‘White Rosso’. Panigale V2 merupakan varian lebih ‘mampu milik’ berbanding model V4 dan merupakan motosikal segmen sportsbike pertengahan menggantikan model sebelumnya Panigale 959. Kini Ducati menawarkan pilihan warna baharu bagi Panigale V2 dalam bentuk ‘White Rosso’ yang menggabungkan elemen warna White Silk dengan Ducati Red. Meskipun warna…

Pandai ‘Pujuk’ Motosikal Bermasalah? Modenas Power Store Perlukan Anda!

Bagi menampung permintaan servis dan baik pulih motosikal semakin meningkat, Modenas Power Store mencari mekanik baharu bagi Service Plus! Modenas Power Store memerlukan mekanik – berpengalaman atau tidak – dalam mengendalikan motosikal jenis Modenas Pulsar NS200/RS200, Dominar D400 dan V15. Bagi yang tiada pengalaman, tak perlu risau kerana anda akan menerima tunjuk ajar daripada sifu…

Suzuki Assemblers Malaysia Henti Operasi?

Tular di media sosial gambar yang didakwa merujuk kepada surat rasmi daripada pihak Suzuki Assemblers Malaysia yang memaklumkan pengedar jenama itu bahawa mereka akan menghentikan operasi. Surat rasmi tersebut turut ditandatangani oleh Pengarah Urusan Suzuki Assemblers Malaysia, Kunihiko Uetsuki. Menurut surat tersebut, segala perniagaan dan transaksi diberhentikan bermula 1 Julai 2020 (hari ini) sementara semua…