Royal Alloy GP125,  GP180  Dan GP250 Youth Edition Dirasmikan – Dari RM12,800

Royal Alloy dengan rasminya melancarkan tiga model baharu untuk pasaran tempatan menerusi GP125, GP180 dan GP250 Youth Edition. 

Edisi istimewa ini menyaksikan tiga model ini tampil dengan ciri menonjol dan unik bagi selaras dengan selera anak muda masa kini. 

Ciri paling mencuri tumpuan terarah kepada panel badan sisi yang menampilkan elemen telus (transparent) sekaligus menampakkan komponen dalam motosikal. Menurut Royal Alloy Malaysia, panel sisi tersebut mengguna pakai bahan jenis plastik ABS sekaligus tahan lasak. 

Selain itu, ketiga-tiga model masih menawarkan ciri dan kelengkapan sama seperti model sedia ada. 

  • Royal Alloy GP125 CBS Youth Edition – RM12,800

Atas kertas, Royal Alloy GP125 Youth Edition masih lagi dikuasakan enjin silinder tunggal 125cc dengan penyejukan udara yang berupaya menjana 9.8hp pada 7,500rpm dan 9.2Nm pada 7,000rpm. Pakej lain ditawarkan termasuk tangki 10.5L dan sistem CBS (combined braking system).

Untuk rekod, GP125 Youth Edition ini tampil dengan pelbagai warna menarik termasuk Ivory White, Flame Red, Matte Black dan Pink. 

  • Royal Alloy GP180 ABS Youth Edition – RM17,300

Sementara itu, GP180 Youth Edition pula hadir dengan pilihan warna lebih banyak termasuk Pink, Modern Orange, High Class Grey, Sherwood Green Matte dan Matte Bronze. Namun, hanya pilihan warna Biru sahaja yang tampil dengan ciri telus (transparent). 

Selain itu, GP180 Youth Edition ini dikuasakan enjin silinder tunggal 169cc dengan penyejukan udara yang menawarkan 10.2hp dan 10.6Nm. Berbanding GP125 yang menggunakan brek CBS, versi GP180 ini lebih terkini dengan sistem ABS yang dipadankan bersama fork teleskopik dan penyerap hentak di belakang. 

  • Royal Alloy GP250 ABS Youth Edition – RM23,800

Varian perdana bagi Youth Edition merupakan  GP250 yang turut hadir dengan panel sisi telus (transparent) bagi warna Blue dan Green. Namun, pilihan warna Sherwood Green dan Scotland Grey masih lagi ditawarkan bagi model ini. 

Seperti namanya, GP250 ini dikuasakan enjin satu silinder 244cc dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 24.8hp dan 19Nm. Pakej brek pula merangkumi cakera brek di depan dan belakang yang dipadankan bersama ABS secara standard. Model ini juga hadir dengan tangki berkapasiti 10.5L. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply