Berbaloi Atau Tidak Tunggu Modenas Ninja ZX-25RR?

Selepas sekian lama penantian, akhirnya Kawasaki Ninja ZX-25R diperkenalkan untuk pasaran tempatan menerusi pengedar rasmi Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS).

Motosikal tersebut kemudiannya dijual di pasaran negara dibawah lencana Modenas ekoran dipasang sepenuhnya jenama motosikal tempatan itu di Gurun, Kedah. 

Buat masa ini hanya varian SE dengan harga jualan rasmi RM33,900 dipasarkan di Malaysia dengan varian RR hanya akan dijual tahun depan. 

Namun, persoalannya adakah berbaloi untuk menantikan ketibaan Ninja ZX-25RR atau terus sambar Ninja ZX-25R SE sedia ada?

Untuk rekod, Modenas Ninja ZX-25R SE dan Ninja ZX-25RR menawarkan kelengkapan yang sama termasuk fork Showa Separate Function-Big Piston (SFF-BP) 37mm dengan fungsi pelarasan pra-beban. Kedua-dua varian juga berkongsi enjin 4-inline 249cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair yang sama. 

*Showa BFRC

Namun, perbezaan utama antara kedua-dua varian ini hanyalah terletak di penyerap hentak belakang. Ini kerana varian SE dilengkapi dengan suspensi jenis ‘horizontal back-link’ (pelarasn pra-beban) manakala varian RR pula hadir dengan Showa Balance Free Rear Cushion (BFRC) dengan fungsi boleh laras sepenuhnya. Showa BFRC merupakan komponen sama yang dipakai pada Ninja ZX-10R. 

Tambahan pula, varian SE di Malaysia juga hadir dengan grafik dan warna Kawasaki Racing Team (KRT) yang hanya ada pada varian RR bagi pasaran lain. 

Senario ini secara tak langsung memberi bayangan bahawa tiada perbezaan besar antara kedua-dua varian ini. Apa pun kami yakin akan ada yang menghargai kehadiran Showa BFRC yang akan meningkatkan lagi daya menunggang terutamanya ketika tunggangan di dalam litar. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]