Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition Tiba Di Malaysia – RM81,000

Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition tiba untuk pasaran Malaysia menerusi pengedar rasmi Triumph Motorcycles Malaysia. 

Untuk rekod, Triumph menawarkan dua versi bagi Aragon Edition yang merangkumi Tiger 900 Rally dan Tiger 900 GT namun  bagi pasaran tempatan hanya varian GT sahaja yang ditawarkan dengan harga jualanr rasmi RM81,000.

Edisi khas ini dihasilkan bagi memberi penghargaan kepada kejayaan Ivan Cervantes yang menjuarai perlumbaan Baja Aragon tahun lalu mengguna pakai Tiger 900 Rally Pro. Menariknya, Cervantes menamatkan perlumbaan sejauh 450km itu dengan kelebihan 1 jam 6 minit di hadapan pesaing terdekat. 

Tiger 900 GT Aragon Edition menampilkan pelbagai ciri terkini yang diilhamkan daripada Tiger 900 GT Pro. 

Pertamanya, TIger 900 GT Aragon Edition ini menampilkan gabungan warna Merah, Matt Phantom Black dan Crystal White. Juga kelihatan nama GT Aragon di panel badan motosikal berkenaan. 

Selain itu, Tiger 900 GT Aragon Edition ini masih lagi mengekalkan enjin tiga silinder 900cc yang menawarkan 94hp dan 87Nm pada 7,7250rpm yang dibantu klac ‘assist & slipper’. 

Dalam pada itu, pengalaman menunggang dipertingkat dengan fork USD Marzocchi 45mm di bahagian depan, lampu kabus dan pelindung enjin. Menariknya, Triumph juga menawarkan pelbagai aksesori tambahan bagi Tiger 900 GT Aragon Edition. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]