Kawasaki Ninja ZX-4RR Mendarat Di Singapura – RM98k

Ketika pasaran Malaysia sedang meraikan ketibaan Ninja ZX-25R SE, negara jiran Singapura telah pun menerima Kawasaki Ninja ZX-4RR terbaru. 

Memetik laporan rakan media Paultan.org, model itu hadir dengan harga jualan SGD18,000 (RM61.9k) namun ditambah dengan yuran Singapore Certificate of Entitlement (COE) SGD10,700 (RM36.8k) ini bermakna pelaggan perlu membayar RM98.7k bagi mendapatkan motosikal berkenaan. 

Jika dibandingkan dengan pasaran negara Asia Tenggara lain antaranya Thailand, Ninja ZX-4RR itu dijual pada harga THB320,000 (RM41.8k) sementara di pasaran Filipina pula harga jualan adalah sekitar PHP499,000 (RM41.2k). 

Sementara itu di pasaran Malaysia, Ninja ZX-4RR dilaporkan akan memasuki pasaran sekitar tahun depan. 

Untuk rekod, Kawasaki Ninja ZX-4RR ini dikuasakan enjin 399cc 4-stroke DOHC dengan penyejukan cecair yang menawarkan ‘rev limit’ lebih 15,000rpm. Kuasa enjin pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi 6-kelajuan dengan bantuan klac basah. Platform tersebut berupaya menghasilkan 79.1hp dengan bantuan Ram-Air. – Paultan.org

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]