Pelumba ESR Motor Maut Kemalangan Di Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023

Perlumbaan drag tempatan kembali menjadi topik hangat selepas peserta Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 disahkan meninggal dunia susulan kemalangan.

Memetik laporan Harian Metro, Hattem Rashdi, 22, terbabit kemalangan pada hari pertama acara yang berlangsung di Pekan, Pahang. Mangsa kemudiannya bertarung nyawa lebih 12 jam sebelum disahkan meninggal dunia. 

Pelumba ESR Motor itu disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang semalam.

“Allahyarham adalah pelumba litar drag yang berbakat dan menjadi penunggang kepada ESR Motor sejak dua tahun lalu.

“Difahamkan, jentera yang ditunggangi Allahyarham berhadapan masalah teknikal sebelum terbabas,” jelas pemilik ESR Motor, Adib Affandi Mohamad. – Harian Metro

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]