KLBS’23: Suzuki Avenis 125 Masuk Pasaran Malaysia 2024 – Anggaran RM7k

Suzuki Malaysia merupakan antara jenama yang menghangatkan Kuala Lumpur Bike Show 2023 yang sedang berlangsung di WTC Kuala Lumpur dari 24 hingga 27 Ogos ini. 

Meskipun tiada program pelancaran model baharu di KLBS’23 itu namun Suzuki Malaysia telah menempatkan beberapa model baharu yang akan dipasarkan di Malaysia kelak. 

Selain daripada V-Strom 250 SX yang telah pun kami laporkan sebelum ini juga terdapat kelibat skuter kompak, Avenis 125. 

Tampil dengan berat hanya 106kg, Avenis 125 merupakan skuter kompak yang cukup popular di beberapa pasaran dunia lain termasuk di Jepun dan India. 

Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, Suzuki Malaysia merancang untuk memperkenalkan model itu pada 2024 sebagai model pemasangan tempatan (CKD) dan akan dijual sekitar RM7k. Lantaran itu, Avenis 125 bakal berrdepan saingan sengit daripada beberapa model antarnaya Yamaha Ego Gear dan Honda Vario 125. 

Untuk rekod, Suzuki Avenis 125 dikuasakan enjin satu silinder 124cc dengan sistem penyejukan udara yang berupaya menghasilkan 8.5hp pada 6,750rpm dan 10Nm pada 5,500rpm. Sistem transmisi pula menempatkan kotak gear jenis CVT. 

*Suzuki Burgman 125

Dalam pada itu, kami juga dimaklumkan bahawa turut akan dipasarkan bersama awal tahun depan adalah skuter Suzuki Burgman 125. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]