Isi Minyak Tanpa Tunai, Tebus Ganjaran Hanya Dengan Shell App

Shell Malaysia dengan rasminya memperkenalkan aplikasi khas menerusi Shell App yang dibangunkan khas bagi meningkatkan pengalaman isian minyak tanpa tunai dengan lebih mudah dan selamat. 

Menurut Pengurus Besar Mobiliti Shell Malaysia, Seow Lee Ming, aplikasi terbaru itu memudahkan proses transaksi dan pembelian bahan api dengan lancar.

“Shell App bukan hanya memudahkan pelanggan kami untuk membuat pembayaran minyak dengan lebih selamat dari dalam kereta, malah memastikan perjalanan mereka lebih mudah dan memberikan lebih ganjaran.

“Pelanggan kini boleh menebus pembelian bahan api, atau croffle kegemaran mereka sambil mengumpul mata ganjaran dengan Shell App,” jelasnya. 

Selain itu, ahli BonusLink boleh terus mengumpul mata ganjaran dan membuat penebusan eksklusif dari Shell. Bagi memastikan segala transaksi pelanggan dilindungi, Shell App ini juga merupakan aplikasi pertama di Malaysia yang dilindungi sistem verifikasi 3-D Secure. 

Selain memudahkan pengisian minyak dan kutipan mata ganjaran, Shell App ini juga memaklumkan lokasi stesen Shell berdekatan termasuk fasiliti dan kemudahan lain antaranya mesin ATM, surau, Shell Cafe dan pusat cuci kereta. 

Orang ramai boleh muat turun aplikasi Shell App ini menerusi Apple App Store dan Google Play Store. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]