Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) membawa berita baik bagi peminat motosikal tempatan apabila mengumumkan harga rasmi bagi NInja ZX-25R SE yang akan dijual dengan harga RM33,900.
Harga tersebut pastinya menggembirakan ramai pihak yang mengharapkan jentera ‘4-dapur’ itu ditawarkan pada harga yang berbaloi.
Untuk rekod, tempahan bagi Ninja ZX-25R itu telah pun dibuka untuk pasaran tempatan dan bakal hadir dengan dua varian, SE dan RR. Dalam pada itu, varian SE juga hadir dengan dua warna pilihan Lime Green/Ebony dan Metallic Matte Graphenesteel Grey / Ebony.
Bagi memudahkan anda mengenali Modenas Ninja ZX-25R SE, kami ringkaskan dalam enam poin penting:
- RPM tinggi
Untuk rekod jentera F1 boleh ‘rev’ sehingga 15,000rpm manakala jentera MotoGP mampu capai 18,000rpm.
Percaya atau tidak, Kawasaki ZX-25R mampu mencapai sehingga 17,000rpm! Ini sekaligus menjadikan ZX-25R sebuah jentera yang unik dan menawarkan tahap kejuruteraan tinggi yang sukar diikuti pengeluar lain buat masa ini.
- Enjin berkuasa
Ketika kebanyakan motosikal lain hanya boleh capai lebih 10,000rpm dengan memulas ‘throttle’ sehabis mungkin, ZX-25R mudah mencapai RPM setinggi itu ketika dalam perjalanan ke kedai sahaja.
Enjin empat silinder 249.8cc 16-valve dengan penyejukan cecair dan suntikan bahan itu mampu menghasilkan 51hp pada 15,500rpm dan 22.9Nm @ 14,500rpm. Angka tersebut menjadikan ZX-25R jentera 250cc paling berkuasa dalam kelasnya.
- Sesuai untuk kegunaan hujung minggu terutamanya ketika ‘track day’
Sebahagian besar penunggang motosikal di Malaysia hanya memiliki kelas B2 (250cc ke bawah) sekaligus pilihan yang ada cuma kapcai, skuter dan jentera 250cc satu atau dua silinder.
Kemampuan ZX-25R mencapai 50hp dan lebih 17,000rpm menjadikan model ini cukup berkuasa untuk beraksi di litar lumba dan melayan ‘corner’ di lokasi popular di hujung minggu.
- Sistem suspensi premium dan chasis diinspirasi dari ZX-10R
Kawasaki ZX-25R mengguna pakai kerangka jenis trellis yang merupakan replika ZX-10R. Kerangka ini cukup kukuh dan mempunyai tahap fleksibel tinggi untuk membantu ‘rider’ menikmati pengalaman menunggang yang agresif.
Seterusnya, ZX-25R dilengkapi dengan fork depan Showa Separate Function Fork – Big Piston (SFF-BP) 37mm yang menawarkan pelarasan ‘damping’ dan ‘rebound’ berasingan. Model ini juga datang dengan penyerap hentakan belakang boleh laras.
- Traction Control dan Quick Shifter
Kawasaki ZX-25R didatangkan dengan pelbagai ciri elektronik moden antaranya KQS (quick shifter), KTRC (traction control, Power Mode, klac ‘assist & slipper’ dan ‘electronic throttle valves’.
- Bunyi yang syahdu