ARRC: Haruki Noguchi Meninggal Dunia

Pelumba pasukan SDC MS Harc-Pro Honda Ph, Haruki Noguchi disahkan meninggal dunia susulan daripada kemalangan yang dialaminya di Litar Mandalika ketika saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) hujung minggu lalu. 

Pelumba yang baru berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan serius berpunca dari kemalangan dialaminya di Turn 10. Jentera pelumba Jepun itu hilang kawalan lalu terbabas bersama-sama Zaqhwan Zaidi sebelum dirempuh dari belakang oleh Kasma Daniel Kasmayuddin yang tidak sempat mengelak. 

Susulan kemalangan itu, Haruki dikejarkan ke hospital Public Hospital of Nusa Tenggara Barat dan menjalani rawatan selama tiga hari sebelum disahkan meninggal dunia semalam (16 Ogos). 

Dalam pada itu, ibu bapa Haruki dalam satu kenyataan mengucapkan terima kasih ke atas sokongan yang diberikan kepada anak mereka itu dari kecil.

“Haruki menunggang motosikal sejak berusia 5 tahun dan sejak itu dia telah memberi kami pelbagai keterujaan. Kami mahu mengucapkan terima kasih kepada para sahabat, pasukannya dan semua yang menyokong Haruki selama ini.”

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]