MForce Bike Holdings dengan rasminya melancarkan QJMotor SRV250 sekitar Oktober tahun lalu bersama-sama dengan dua lagi model, SRK250 dan SRK250RR.
Meskipun ketiga-tiga model bernadikan enjin yang sama namun SRV250 paling unik kerana tampil dengan reka bentuk ‘cruiser’ sementara SRK250 dan SRK250RR pula lebih agresif sebagai jentera ‘naked’ dan ‘sportsbike’.
Pada masa sama, ternyata gaya ‘cruiser’ lebih mencuri perhatian kerana motosikal tersebut ternyata popular dikalangan pengguna motosikal di Malaysia.
Bagaimanapun, tinjauan di laman media sosial mendapati QJMotor SRV250 itu dilihat kerap masuk bengkel. Menariknya, senario ‘masuk bengkel’ itu bukan kerana mengalami masalah sebaliknya kami mendapati rata-rata pemilik membuat keputusan untuk melakukan beberapa modifikasi agar motosikal tersebut tampil lebih unik dan retro.
@prelovastudio Lambakan QJMOTO. #mforce #qjmoto #prelovastudio #fyp #xyzbca ♬ nhạc nền – C H I L L S O N G 🎧
Perkongsian terbaru oleh akaun Prelovastudio di TikTok mendapati terdapat banyak motosikal jenis QJMotor SRV250 yang dihantar ke kedainya untuk di ‘custom’ supaya tampil lebih menarik. Ada juga yang mengubah gaya menjadi cafe racer, brat, scrambler dan tracker.
Budaya ‘custom’ di Malaysia sememangnya disambut baik dan motosikal seperti QJMotor SRV250 itu membolehkan pemilik membuat pelbagai modifikasi mengikut kesesuaian.