RASMI: Suzuki GSX-8S 2023 Mendarat Di Malaysia – Lengkap Quickshifter, RM50,800

Suzuki Malaysia telah memperkenalkan motosikal segmen ‘sports naked’ terbaru untuk pasaran tempatan menerusi Suzuki GSX-8S 2023 yang ditawarkan pada harga RM50,800.

Suzuki GSX-8S ini merupakan entri terbaru bagi segmen motosikal naked dan dikuasakan enjin parallel-twin 776cc DOHC serba baharu yang dibangunkan di Hamamatsu. Menariknya, enjin tersebut direka bagi menghasilkan kuasa pada rev rendah di samping dlengkapi dengan Suzuki Cross Balancer, yang menjaminkan tahap gegaran yang lebih rendah.

Untuk rekod, platform baharu itu menghasilkan 82hp pada 8,500rpm dan 78Nm pada 6,800rpm dan dikawal oleh sistem ‘ride-by-wire’. Selain itu, GSX-8S ini juga menawarkan tiga tahap sistem ‘traction control’ – yang boleh dinyahaktifkan – dan tiga mod enjin dengan kedua-duanya boleh diakses menenerusi skrin TFT. 

Bagi memastikan tunggangan lebih mengujakan, model naked ini juga dilengkapi dengan sistem quickshifter dua arah (up/down) secara standard. 

Spesifikasi lain juga tidak kurang hebatnya, dengan bahagian chasis dipadankan bersama suspensi KYB depan dan belakang manakala bahagian ‘swingarm’ pula direka khas bagi meningkatkan tahap ketangkasan. 

Untuk rekod, Suzuki GSX-8S ini datang dengan tiga pilihan warna; Pearl Cosmic Blue, Pearl Tech White dan Matt dan Sparkle Black. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply