Ini 4 Tip Penting Bila ‘Ride’ Dalam Cuaca Panas

Umum sedia maklum Malaysia ketika ini sedang dilanda gelombang haba yang dikenali sebagai fenomena El Nino. 

Situasi tersebut cukup serius ketika ini dengan kerajaan sedang pertimbang untuk mengaktifkan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20 termasuk mengisytiharkan darurat. 

Setajat 15 Mei 2023, Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun merekodkan 15 kes strok haba dengan satu kematian dicatatkan. Daripada 15 kes tersebut, empat kes melibatkan strok haba, lima kelesuan haba dan enam kes kejang haba.

Antara yang terdedah pada bahaya strok haba pastinya kanak-kanak dan beberapa golongan dewasa terutamanya mereka yang ulang-alik kerja setiap hari menggunakan motosikal. Selain itu, mereka yang melakukan aktiviti ‘ride’ dihujung minggu juga terdedah kepada bahaya tersebut. 

Untuk itu, kami senaraikan empat tip penting ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. 

1. Kerap minum air

Antara pertahanan utama terhadap strok haba adalah untuk kerap minum air bagi mengekalkan hidrasi badan. 

Badan akan bertindak mengeluarkan peluh bagi tujuan penyejukan dan peluh tersebut akan cepat tersejat maka penting untuk lebih kerap minum air bagi memastikan cecair dalam badan kekal optimum. 

2. Pakai ‘riding gear’ yang sesuai

Bagi yang ulang-alik ke tempat kerja mahupun keluar ‘ride’ di hujung minggu, dinasihatkan untuk memakai jaket jenis ‘mesh’. Selain daripada dapat melindungi badan dari kecederaan serius sewaktu kemalangan, jaket ‘mesh’ juga menawarkan aliran angin paling maksimum sekaligus memastikan badan kekal sejuk ketika menunggang. 

Kami tahu ada yang gemar buka jaket bila ride dalam cuaca panas sehingga mendedahkan kulit tetapi tahukah tindakan itu lebih membahayakan? Ini kerana peluh yang terhasil akan cepat kering dan membuatkan badan lebih terdedah pada kepanasan melampau?

3. Keluar ‘ride’ di waktu pagi atau lewat petang

Sudah tentu, antara cara untuk mengelak daripada berdepan cuaca panas adalah untuk menunggang motosikal di waktu pagi atau lewat petang. 

Ini kerana pada kedua-dua waktu tersebut, suhu panas berada pada tahap paling minimum sekaligus lebih selamat untuk penunggang motosikal. 

4. Kerap berhenti

Bagi yang bercadang untuk keluar ‘ride’ ke lokasi yang jauh, dinasihatkan untuk kerap berhenti. Ini kerana terdedah pada suhu panas yang lama boleh meningkatkan risiko strok haba. 

Pada masa sama, cuaca panas juga boleh menyebabkan penunggang hilang fokus sekaligus terdedah kepada kemalangan. 

Berikut antara empat tips penting yang kami syorkan untuk penunggang motosikal di Malaysia. Semoga tips disediakan ini memberi manfaat. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply