Yamaha Y16ZR Edisi Doxou Kembali Bagi Tahun 2023 – Hanya 5,000 Unit, RM11,818

Hong Leong Yamaha Motor dengan rasminya melancarkan Yamaha Y16ZR edisi Doxou ‘Tech Art’ untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM11,818. 

Seperti edisi Doxou yang diperkenalkan pada 2021, model kali ini juga datang dengan pilihan warna unik dan dihadkan pengeluaran kepada 5,000 unit sahaja. 

Bagi keluaran 2023, Y16ZR edisi khas ini menggabungkan pilihan warna biru dan ungu serta rim serba biru. 

Bagaimanapun, spesifikasi lain termasuk enjin VVA kekal sama seperti model standard. Hasilnya, Yamaha Y16ZR Edisi Doxou ‘Tech Art’ ini masih lagi menawarkan 17.7hp pada 9,500rpm dan 14.4Nm pada 8,000rpm. 

Dalam pada itu, setiap pembelian Yamaha Y16ZR edisi khas ini turut disertakan dengan ‘sports fender’ khas, nombor siri keluaran dan sijil terima kasih sebagai tanda penghargaan. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

One Reply to “Yamaha Y16ZR Edisi Doxou Kembali Bagi Tahun 2023 – Hanya 5,000 Unit, RM11,818”

Leave a Reply