Modenas Dominar 400 Adventure Kini Di Malaysia – Dengan Aksesori Touring, RM15,797

Modenas dengan rasminya memperkenalkan Dominar 400 versi ‘Adventure’ untuk pasaran Malaysia dengan harga jualan rasmi RM15,797. 

Dominar 400 Adventure ini merupakan varian kedua selepas versi standard yang ditawarkan di Malaysia ketika ini dan tampil dengan aksesori tambahan bagi meningkatkan lagi keupayaan sebagai sebuah jentera ‘sports-tourer’. 

Menurut Modenas, terdapat tujuh komponen ‘touring’ kesemuanya yang merangkumi ‘handleguard’, penghadang angin tinggi, ‘radiator guard’, bash plate aluminium, phone mount, port USB dan ‘luggage rack’ di bahagian belakang yang juga dilengkapi penyandar. 

Bagaimanapun, spesifikasi utama lain masih lagi sama dengan Dominar 400 versi standard termasuk dikuasakan enjin satu silinder 373.3cc DOHC yang menawarkan 39.4hp dan 35Nm. Dalam pada itu, Dominar 400 Adventure ini masih lagi dilengkapi tangki 13L, ABS dwi-saluran dan panel meter digital LCD. 

Ciri lain ditawarkan termasuk kaliper brek ByBre, fork USD, cakera brek depan tunggal dan lampu LED penuh di bahagian depan dan belakang. 

Untuk rekod, aksesori ‘touring’ yang ditawarkan pada Dominar 400 Adventure ini tidak dijual berasingan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply