BMW Motorrad didapati telah memfailkan paten terbaru pada Ogos 2021 yang jelas memaparkan sistem ShiftCam pada enjin satu silinder.
Berdasarkan paten tersebut, sistem ShiftCam itu akan membantu mengurangkan berat, meningkatkan tahap efisien penggunaan bahan api di samping memperbaiki kuasa dan tork enjin sama seperti teknologi ShiftCam yang terdapat pada enjin Boxer ketika ini.
Ini bermakna terdapat kemungkinan besar jentera satu silinder seperti BMW G 310 R, G 310 RR dan G 310 GS akan dikemas kini dengan sistem ShiftCam tidak lama lagi.
Buat masa ini tiada pengumuman rasmi daripada pihak BMW mengenai perkembangan terbaru ini namun mengambil kira BMW sering menaik taraf jentera sedia ada, tidak hairanlah jika sistem ShiftCam ini akan direalisasikan pada enjin satu silinder dalam masa terdekat ini.
JIka benar, maka kemungkinan besar generasi seterusnya BMW G 310 akan mendapat naik taraf yang signifikan.