KTM dilaporkan sedang membangunkan transmisi semi-automatik bagi barisan model 1290 yang membolehkan pertukaran gear dilakukan tanpa bantuan klac.
Pendedahan itu dibuat berdasarkan paten yang telah difailkan syarikat motosikal Austria itu.
Meskipun transmisi semi-automatik telah pun diperkenalkan Honda menerusi sistem DCT sebelum ini namun sistem yang dibangunkan KTM adalah berbeza. Ini kerana transmisi semi-automatik KTM mengguna pakai klac sentrifugal, ‘rocker arms’ dan unit kawalan gear berasingan bagi menukar gear.
Menariknya, paten tersebut juga mendedahakna bahawa sistem transmisi semi-automatik KTM itu juga merangkumi ‘parking brake’ yang berfungsi dengan menghalang motosikal daripada bergerak ke belakang sewaktu di permukaan berbukit.
Bagaimanapun, paten tersebut tidak memaklumkan sama ada sistem semi-automatik KTM itu membolehkan penunggang menukar gear secara manual sepertimana yang ditawarkan DCT dengan bantuan butang naik dan turun gear.
Buat masa ini, tiada info terperinci bila sistem tersebut akan mula diperkenalkan pada model 1290 namun pastinya ini adalah perkembangan yang menarik daripada KTM.