Mahkamah Seksyen Kota Bharu telah membenarkan pampasan berjumlah RM652,000 dibayar kepada seorang mangsa kemalangan ekoran terperosok dalam lubang dilimpahi air dalam satu kejadian di Kilometer 53 Jalan Kota Bharu – Kuala Krai, di Machang.
Susulan daripada kejadian itu, mangsa, Tengku Muhamad Khazi Hakimi Ku Hussin, 34 telah kehilangan kaki kirinya.
Menurut laporan MalaysiaKini (BM), tuntuan pampasan itu telah dibuat kepada pihak Roadcare Malaysia Sdn Bhd dan kerajaan Malaysia.
Difahamkan, pihak Roadcare menafikan kewujudkan lubang tersebut pada awal perbicaraan.
Bagaimanapun, selepas meneliti bukti dan keterangan, mahkamah mendapati pihak Roadcare sebagai kontraktor penyelenggaraan jalan kepada kerajaan telah cuai dan mengakibatkan kemalangan. – MalaysiaKini